Wednesday, 13 November 2013

Pemasaran Emel Pukal - Apakah Kesannya Terhadap Bisnes Anda?

Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik bisnes pula semakin kretif dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi terkini. Menyebarkan maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.

Kelahiran Internet atau WWW (World Wide Web) telah mewujudkan satu alat yang paling berguna dan inovatif untuk mana-mana jenis perniagaan. Ianya menyediakan jalan komunikasi yang lebih mudah di antara para pengguna Internet dari seluruh dunia. Selain itu, Internet juga membuka jalan untuk perkongsian maklumat, idea, konsep dan apa-apa sahaja di antara para pengguna Internet, tidak kira dari mana asal mereka atau di mana mereka berada.

Salah satu cara untuk berkomunikasi di Internet adalah melalui emel. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.

Dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran - mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik bisnes merangkap penghantar emel promosi.

Bagaimanapun, kebanyakan orang (yang menerima emel promosi) merujuk pemasaran emel itu sebagai SPAM. Perkataan SPAM telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada emel-emel yang tidak dijemput atau dikehendaki oleh si penerima. Untuk pemasaran emel pukal, SPAM merujuk kepada emel sampah.

Emel-emel komersial mempunyai manfaat tertentu kepada penghantar dan penerimanya. Bagaimanapun, banyak syarikat atau penghantar emel yang menyalahgunakannya. Boleh dikatakan semua emel komersial sekarang ini dilabelkan sebagai spam walaupun ianya mengandungi maklumat yang sah dan berguna.

Inilah sebabnya kenapa pemasaran emel pukal boleh membahayakan bisnes anda. Satu sahaja emel dari anda dianggap spam maka semua alamat emel perniagaan anda akan disekat oleh penyedia perkhidmatan emel seperti Yahoo!, AOL dan MSN. Lebih teruk lagi, laman web anda ada kemungkinan akan disekat oleh enjin carian atau dibuang terus oleh penyedia web hosting anda.

Majoriti ISP, host-host dan enjin carian begitu memusuhi emel-emel spam. Para penyepam yang dianggap penyepam telah menyebabkan para pengguna mereka berada dalam kesusahan dan merugikan bandwidth mereka. Itulah sebabnya kenapa mereka begitu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki penyepam.

Berdasarkan maklumat ini, maka ada baiknya anda berfikir dua kali sebelum menghantar emel secara pukal kepada orang ramai. Mungkin anda boleh membeli senarai emel dari pihak-pihak tertentu yang menjanjikan kepada anda pulangan yang lumayan hasil dari menghantar emel promosi kepada list tersebut. Tetapi fikirkannya sekali lagi. Mungkin pihak-pihak tertentu ini mempunyai niat untuk mengebas wang anda? Siapa tahu.

Lebih baik anda cari jalan lain untuk mempromosikan produk atau servis anda. Anda boleh melakukannya berdasarkan konsep pemasaran emel pukal tetapi ada perbezaannya. Anda hanya menghantar emel-emel komersial anda kepada mereka yang sudah bergelar pelanggan anda.

Anda boleh hasilkan emel follow-up, kemudian masukkan maklumat atau promosi tentang produk anda yang lain yang mana mereka mungkin mempunyai minat terhadapnya. Setelah itu anda boleh meminta mereka mendapatkan referral yang juga berminat terhadap produk anda tersebut. Dengan ini promosi anda akan lebih selamat dan sah. Jika ada di antara mereka yang menuduh anda melakukan spam, anda boleh membuktikan mereka salah dengan menunjukkan bukti-bukti yang anda dan mereka mempunyai hubungan sebagai peniaga dan pelanggan. Bukti-bukti tersebut boleh jadi dalam bentuk resit pembelian atau emel dari mereka.

Jika anda baru memulakan bisnes dan belum mempunyai database pelanggan, anda boleh gunakan cara selain dari menghantar emel pukal untuk mengiklankan bisnes anda itu. Jika tidak anda ada kemungkinan kehilangan bisnes yang baru sahaja ingin dijalankan.

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk atau servis anda di Internet. Anda perlu kretif dan imaginatif. Pemasaran dan pengiklanan adalah antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Pastikan anda menonjolkan bisnes anda dengan profesional, sekali sahaja anda dianggap melakukan spam, maka masa depan bisnes anda akan gelap selamanya.

No comments:

Post a Comment