Wednesday, 13 November 2013

Targeted Email Marketing - Bagaimanakah Caranya

Abad ke-20 telah menyaksikan kelahiran teknologi baru dan salah satu daripadanya ialah Internet yang kita gunakan sekarang. Revolusi Internet telah melahirkan jalan komunikasi yang lebih canggih dan membuka jalan untuk strategi pemasaran emel.

Pemasaran emel yang disasarkan (targeted email marketing) ialah satu cara yang paling berkesan yang digunakan oleh para pemilik bisnes untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada orang ramai. Manakala maksud 'pemasaran emel yang disasarkan' pula ialah emel-emel yang dihantar oleh seorang pemilik bisnes kepada pasaran yang menjadi sasaran promosi produk atau servisnya.

Seseorang pemilik bisnes menggunakan strategi ini biasanya untuk membina senarai emel dalam pasaran sasarannya. Salah satu taktik yang biasa digunapakai oleh para pemilik bisnes ialah dengan meletakkan kotak sign-up di laman web mereka. Biasanya, mereka 'mengumpan' para pengunjung dengan produk-produk percuma yang berguna supaya pengunjung menyertai atau subscribe ke senarai emel mereka. Produk-produk yang ditawarkan adalah percuma dan dalam bentuk newsletter, resipi masakan atau apa-apa sahaja ebook yang mengandungi maklumat yang dicari oleh para pengunjung.

Setelah seseorang pengunjung itu mendaftarkan diri di laman web peniaga tersebut, dia akan diminta untuk memilih apakah produk pilihannya dan apakah topik kegemarannya. Melalui proses pendaftaran itulah, webmaster tersebut akan dapat maklumat peribadi pengunjung itu seperti hobi, kegemaran dan lain-lain yang berguna untuk seorang usahawan internet.

Setelah itu, pengunjung tadi akan mula menerima bahan-bahan percuma dari webmaster tadi setiap minggu, bergantung kepada program yang digunakan olehnya. Contohnya, pengunjung tadi mungkin menerima newsletter yang mengandungi topik yang diminatinya. Jika webmaster itu menjual produk kesihatan, maka newsletter tadi mungkin mengandungi topik tentang tips menjaga kesihatan, diet yang betul atau resipi masakan yang menyihatkan. Disertakan bersama newsletter itu biasanya ialah tawaran produk-produk utama yang dijual oleh pemilik laman web terbabit. Tanpa disedari oleh pengunjung tadi yang dia telah dihujani dengan maklumat-maklumat berguna yang dicari selama ini dan ini akan meningkatkan rasa ingin membeli produk yang ditawarkan tersebut.

Seorang peniaga internet yang mahir akan menggunakan pendekatan yang lembut dalam mengiklankan produk atau servis yang ditawarkan menerusi newsletternya. Jika ia mengandungi maklumat berguna yang tepat maka ia akan memberikan perbezaan yang besar dari segi hasil perniagaan tersebut. Lebih banyak anda tahu tentang tabiat prospek anda, maka lebih mudah untuk anda memujuknya untuk mendapatkan produk jualan anda dengan memberikan kepadanya bahan-bahan yang akan menimbulkan minatnya terhadap produk yang anda jual tersebut.

Untuk lebih berkesan, pemasaran emel yang disasarkan mestilah menggunakan headline yang ampuh. Peniaga mestilah mencadangkan kepada target marketnya dan menjadikan mudah untuk sasarannya itu memberikan respon dalam bentuk satu klik tetikus sahaja.

Tidak akan ada pembaca yang akan membaca emel yang tidak mengandungi headline yang menarik. Perkara pertama yang pembaca ingin lihat ialah headline maka ia hendaklah mampu untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca isi kandungan emel tersebut. Ketika menulis headline emel tersebut, pastikan ianya akan membuatkan pembaca merasakan yang isi kandungan emel tersebut mempunyai sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah dalam hidup mereka.

Anda mestilah yakin yang produk anda itu berguna dan bermanfaat kepada para pelanggan supaya dengan itu anda juga akan lebih yakin ketika menulis emel untuk menyatakan sebab-sebab kenapa pembaca perlu mendapatkan produk tersebut. Jika anda tidak yakin dengan produk anda sendiri, maka ketidakyakinan anda itu akan terzahir melalui ayat-ayat dalam kandungan emel yang anda hantar itu. Ayat-ayat yang digunakan untuk menulis emel jualan mempengaruhi untung rugi perniagaan anda. Jadi jika anda tidak yakin untuk menulis ayat-ayat yang sepatutnya maka lebih baik anda mendapatkan khidmat penulis upahan profesional.

Buatkan pembaca merasakan yang mereka benar-benar memerlukan produk yang anda tawarkan itu. Perkataan ajaib di sini ialah manfaat; apakah manfaat yang bakal diperolehi oleh prospek apabila mereka memilikinya. Semua orang mahukan kemajuan minda, penampilan dan fizikal mereka. Semua orang ingin menjadi manusia yang lebih baik. Semua orang inginkan wang. Pertimbangkan perkara-perkara ini semasa menulis emel supaya anda tidak tersasar dari objektif utama anda. Bagaimanapun, jangan dedahkan 100% maklumat penting di dalam emel tersebut. Jika anda merancang untuk menarik trafik ke laman web anda, masukkan sebahagian sahaja maklumat penting itu dan tinggalkan sebahagiannya di laman web tersebut. Berikan pembayangnya di dalam emel itu supaya pembaca yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut akan ke laman web anda.

Berikan pilihan kepada pembaca tentang apa yang anda mahu mereka lakukan. Kebanyakan emel mempunyai artikel yang mempunyai pengaruh yang tinggi. Tetapi mereka mengabaikan pilihan yang sepatutnya mereka tawarkan kepada para pembaca. Walaupun setelah diberi pilihan, atas sebab apakah mereka perlu melakukan pemilihan tersebut? Apakah faedah atau manfaat yang mereka dapat jika menyahut atau membuat pilihan yang anda tawarkan itu?

Sekalipun anda mempunyai banyak maklumat untuk dikongsikan dengan para pembaca, pastikan anda tidak memenatkan mereka. Jadikan emel itu ringkas dan padat. Mungkin penerima-penerima emel anda sibuk maka mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca emel anda. Jika mereka mempunyai masa sekalipun, mereka tidak akan membaca emel-emel anda jika anda tidak membuat apa-apa tawaran yang menarik untuk mereka.

No comments:

Post a Comment