Wednesday, 13 November 2013

Teknik Menarik Pengunjung ke Sesebuah Forum

Membina forum di laman web anda merupakan satu kesukaran yang tidak dapat dinafikan dalam usaha untuk menarik pengunjung ke laman web anda. Ramai yang gagal kerana berpendapat mereka hanya perlu membina forum dan orang ramai akan berkunjung ke forum tersebut. Untuk menjayakan sesebuah forum, ia memerlukan anda menjaganya secara tetap dan bersistematik. Jika anda sanggup melakukannya, sesebuah forum yang dibina itu mampu meningkatkan jumlah pembaca di laman web anda.

Langkah pertama untuk menarik pengunjung ke sesebuah forum ialah menentukan apakah software yang akan digunakan untuk forum tersebut. Terdapat beberapa pilihan untuk anda jadi lakukan sedikit kajian dan pilihlah yang mana bersesuaian dengan laman web anda. Setelah itu, hasilkan satu topik untuk diperbincangkan dan hebahkanlah kewujudan forum anda itu di Internet.

Salah satu cara terbaik untuk menarik pengunjung ke forum anda ialah dengan menghebahkan kewujudannya kepada dunia. Letakkan link ke forum itu di laman web anda, hebahkannya melalui laman social networking seperti Tweeter dan Facebook atau emel kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan anda. Objektif di sini ialah untuk menarik seramai mungkin pengunjung ke forum anda itu.

Setelah pengunjung mula ke forum anda, walaupun cuma seorang dua, mulalah posting kepada mereka. Kenali mereka dan jadikan mereka rasa selesa di forum anda. Mereka akan membantu menyebarkan berita tentang kewujudan forum anda secara tidak langsung. Walaupun setelah mempunyai beratus atau beribu pengunjung, teruskan berposting dan rancakkan perbincangan di forum anda. Perbualan yang baik dan suasana yang mesra sesama ahli merupakan kunci atau punca kepada kehadiran para pengunjung baru setiap hari.

No comments:

Post a Comment