Anda sudah pun memiliki sebuah laman web. Ia juga telah diindex oleh enjin carian yang utama, tetapi nampaknya jumlah pengunjung ke laman web anda masih tidak memuaskan. Jika anda fikir laman web anda boleh berfungsi dengan baik tanpa sebarang usaha dari pihak anda, anda sudah silap. Membina laman web hanyalah sebahagian dari kerja yang sebenar. Apa yang perlu anda lakukan selepas itu ialah bekerja keras untuk memastikan kewujudannya disedari oleh seramai mungkin pengguna internet.
Terdapat banyak cara untuk mengiklankan laman web anda. Anda boleh menggunakan PPC (pay per click) seperti Google's Adwords, anda boleh bertukar-tukar link dengan laman web lain yang beroperasi dalam niche yang sama dengan anda atau pun anda boleh membuat posting sebanyak mungkin di forum-forum yang berkaitan.
Forum adalah alat yang berharga berdasarkan beberapa sebab yang penting. Pertama, forum merupakan satu laman yang mempunyai jumlah trafik yang cukup tinggi berbanding dengan laman web biasa. Kedua, ia merupakan satu tempat yang sesuai untuk seseorang itu menghebahkan tentang penghasilan sesuatu produk atau laman webnya.
Untuk memastikan anda menerima pelanggan yang berharga, cari forum yang berasaskan niche yang sama dengan niche anda. Jika anda menjual peralatan memancing, sebagai contoh, anda patut cari forum yang membincangkan hal-hal memancing. Setelah berjumpa dengan forum yang berkaitan, daftarkan diri anda sebagai ahli forum tersebut dan mulalah menyertai perbincangan di dalamnya. Kemudian letakkan link ke laman web anda di bahagian signature profail anda. Ini akan membuatkan link ke laman web anda itu muncul setiap kali anda membuat posting di forum tersebut.
Sekarang, apa yang perlu anda ingat ialah jangan sesekali anda membuat 'onar' di forum-forum yang disertai dengan membuat spam di sana. Ia hanya akan menyebabkan anda mendapat reputasi negatif dan diban dari forum.
No comments:
Post a Comment